Kira gaji selepas EPF, SOCSO, EIS, cukai dan potongan lain.
Kenapa? Bank kira DSR guna gaji bersih, bukan gaji kasar.Berapa % gaji bersih anda dah terpakai untuk hutang, dan berapa ruang yang masih ada.
Kenapa? DSR tentukan sama ada bank boleh luluskan loan baru.Jumlah loan, kadar faedah dan tempoh saling berkait — ubah satu, nampak terus kesannya.
Kenapa? Tahu jumlah paling tinggi yang muat dalam DSR anda.Sebelum & selepas penyatuan hutang — komitmen, DSR & ruang loan masa depan.
Kenapa? Nampak jelas pilihan terbaik untuk anda.Selamat. Semua kiraan dibuat dalam telefon anda sendiri. Tiada maklumat dilihat atau dihantar — isian anda disimpan dalam telefon anda sahaja.
Formula: DSR =Jumlah ansuran bulananGaji bersih× 100%
Contoh:RM2,000RM5,000× 100% = 40%
* Harga ikut laman rasmi masing-masing (Nov 2026) dan boleh berubah. Kakak cadang eCCRIS — percuma & paling terkini.
Andaian: rekod bayaran anda bersih. Ada AKPK, SAA, tunggakan dll? Kira dulu, kemudian tekan butang WhatsApp hijau untuk tanya Kakak.
| Gaji kasar sebulan | Had DSR (anggaran) |
|---|---|
| Bawah RM3,000 | 55% |
| RM3,000 – RM5,000 | 60% |
| RM5,001 – RM8,000 | 70% |
| Lebih RM8,000 | 80% |
* Had ditentukan ikut gaji kasar, tapi DSR dikira atas gaji bersih. Setiap bank ada had sendiri.
* Contoh sahaja. Angka anda akan dikira di bawah.
Gaji kasar = gaji sebelum potongan. Gaji bersih = gaji yang betul-betul masuk akaun, selepas EPF, SOCSO, EIS, cukai & potongan lain.
Ikut payslip bulan terkini.
Elaun yang sama setiap bulan (contoh: elaun perumahan RM300). Ada lebih dari satu? Campur semua.
Ada OT, komisen, insentif atau elaun yang tak tetap? Campur semua dalam satu bulan.
Jangan masukkan bonus — kebanyakan bank tak kira bonus.
Isi satu kotak untuk satu bulan (3 bulan payslip terkini). Kalkulator kira purata.
Selain EPF, SOCSO, EIS & cukai — isi semua potongan dalam payslip. Pilih jenis, isi potongan setiap bulan.
* Anggaran Kakak: EPF 11% gaji kasar, SOCSO & EIS ikut jadual PERKESO (lebih kurang 0.5% & 0.2%, had gaji RM6,000), cukai ikut kadar cukai individu (pelepasan diri RM9,000, EPF had RM4,000, SOCSO + EIS had RM350). Angka sebenar mungkin lain.
Isi wang masuk (total credit) setiap bulan, 6 bulan bank statement.
Jangan campur: duit pindah dari akaun sendiri, duit loan, atau refund.
Pemilik tunggal (sole proprietor) = 100%.
Ansuran = bayaran bulanan. Baki (outstanding) = hutang yang belum habis bayar. Dua-dua ada dalam CCRIS.
* Isi ikut CCRIS — paling tepat.
Komitmen = ikut CCRIS sahaja. Tak termasuk bil elektrik, bil air, bil telefon, insurans atau perbelanjaan lain.
Isi ansuran sahaja. Nama bersama (joint) → kalkulator bahagi 2.
Isi ansuran sahaja. Dikira penuh.
Isi ansuran dan baki PTPTN.
Isi ansuran dan baki (outstanding). Baki perlu untuk kira penyatuan hutang.
Satu kad = satu bahagian. Isi had (limit) dan baki dan ansuran.
* Baki = semua yang dah guna dalam kad ni: belanja kad, balance transfer, easy payment plan (EPP), credit card loan, quick cash / fast cash.
Komitmen kad dikira 5% daripada baki (anggaran bank).
Ansuran dalam CCRIS ada angka → isi. Ansuran 0 → biar kosong, bank kira 5% daripada baki.
Biasanya ada satu revolving credit. Isi jumlah baki & jumlah ansuran semua pengeluaran (cth: keluar 4 kali → campur 4-4). Ada lebih dari satu? Tekan Tambah.
Dalam CCRIS, setiap kali keluar duit = satu baris. Isi satu baris satu kotak — kalkulator campur.
Loan berjangka lain dalam CCRIS. Isi ansuran dan baki.
BNPL, pajak gadai, koperasi loan, atau rekod lain yang ada ansuran.
* Anggaran sahaja, bukan kelulusan loan. Setiap bank ada polisi DSR dan cara kira pendapatan sendiri.
Tak pasti nak isi apa, atau CCRIS susah nak baca? Tekan butang WhatsApp hijau di bucu kanan bawah — Kakak bantu kira.
Nak tahu kadar & jumlah sebenar yang anda layak? Tekan butang WhatsApp hijau di bucu kanan bawah — Kakak bantu kira.
* Keputusan kalkulator anda dimasukkan dalam mesej WhatsApp. Anda boleh ubah sebelum tekan Send.