➜Kembali ke HomepagePajak Gadai, BNPL & Revolving Credit

Pajak Gadai, BNPL & Revolving Credit — Nampak Kecil, Tapi Boleh Buat Loan Reject

Ambil sikit-sikit, rasa macam tak ada apa. Tapi bila apply personal loan, semua ni muncul dalam CCRIS — dan bank kira setiap satu. Jom Kakak tunjuk apa yang bank nampak.
Anda Pernah Rasa Macam Ni?
Ramai buat macam ni — bukan salah anda. Page ni untuk anda.
Lepas Baca Page Ni, Anda Akan Tahu…
Jawapannya ada di bawah — jom baca satu-satu.
?Apa maksud kod ISPWNBKG, BUYNPAYL & RVVGCRDT dalam CCRIS?
?Bank suka tak pajak gadai, BNPL & revolving credit?
?Macam mana ketiga-tiga ni naikkan komitmen (DSR) anda?
?Kenapa ketiga-tiga ni boleh buat loan kena reject?
?Had revolving RM17,800 — kenapa komitmen jadi RM1,603 sebulan?
?Gadai, BNPL, revolving atau personal loan — apa kelebihan & risiko setiap satu?
?Dah ada semua ni — apa nak buat sekarang?
Faham Dulu: 3 Kod Dalam CCRIS
Bila bank semak CCRIS anda, ketiga-tiga ni muncul dengan kod masing-masing.
ISPWNBKGPajak GadaiGadai barang (biasanya emas) untuk dapat duit tunai. Termasuk Ar-Rahnu.
BUYNPAYLBuy Now Pay LaterBeli barang dulu, bayar ansuran dalam beberapa bulan.
RVVGCRDTRevolving CreditSatu had kredit — ambil bila perlu. Setiap kali ambil, jadi satu ansuran baharu.
Kenapa Bank Risau?
1Bank suka profile yang stabil — kewangan tak bermasalah.
2Gadai barang, guna duit masa depan, ambil kredit berulang → bank nampak tanda anda sedang perlukan duit.
3Anda tak salah, bank pun tak salah — anda perlukan duit, bank pula risau anda tak mampu bayar.
4Kesannya: scoring jatuh (ada yang terus fail score) dan komitmen naik (fail DSR).
Bank Kira Ikut Angka Dalam CCRIS
Bukan ikut apa yang anda rasa anda bayar. Angka ansuran dalam CCRIS = komitmen yang bank guna untuk kira DSR.
3 Rekod Yang Bank Tengok
Contoh CCRIS ada di bawah setiap tajuk. Tekan "+" untuk penjelasan dan kiraan.
01
Pajak Gadai (ISPWNBKG)
Gadai berulang = bank nampak anda sedang perlukan duit.
+
NoTarikhFacilityBaki
(Outstanding)
Tarikh bakiHad /
Ansuran
Rekod bayaran 12 bulan
Outstanding CreditAJJMAMFJDNOS
106-12-2021OwnCB10,500.0000
OPELNFNCE4,318.0031-07-2025254.00MTH000000000000
229-08-2023OwnOTH1,783.00
OOTLNFNCE1,652.0031-07-202595.00MTH00000000000000
314-03-2024OwnOTH1,180.00
OISPWNBKG1,226.0031-07-202566.00MTH90000000000000
407-05-2024OwnOTH1,350.00
OISPWNBKG1,377.0031-07-202575.00MTH90000000000000
510-06-2024OwnOTH1,860.00
OISPWNBKG1,891.0031-07-2025104.00MTH90000000000000
Total Outstanding Balance:10,464.00Total Limit:16,673.00
Had gadai: RM1,180 · RM1,350 · RM1,8603 kali gadai dalam 4 bulanBayaran bulanan gadai dalam CCRIS: RM245
*Contoh sahaja untuk tujuan pendidikan — bukan laporan CCRIS pelanggan sebenar.
Kod facilityHadAnsuran / bayaran bulanan
1Apa Bank Nampak
  • 3 rekod gadai dalam 4 bulan (Mac, Mei, Jun).
  • Bayar on time pun (semua "0") — bank tetap nampak corak gadai berulang.
  • Bank memang tak suka pajak gadai. Biasanya orang gadai bila sesak duit — dan bank pun tahu. Walaupun bayar on time, ramai bank beri markah rendah dalam scoring.
  • Ada satu pun dah kurang elok. Gadai 2–3 kali berturut-turut → ramai bank terus fail score.
2Bayaran Bulanan Dalam CCRIS
  • Setiap gadai ada bayaran bulanan dalam CCRIS: RM66 + RM75 + RM104 = RM245 sebulan.
  • RM245 ni bukan semestinya bayaran sebenar anda — tapi bila dah keluar dalam CCRIS, bank tetap kira sebagai komitmen.
  • Masalah utama pajak gadai ialah scoring — tapi jangan pandang ringan DSR.
Semak CCRIS Anda Sendiri
Contoh: had gadai RM1,180 — tapi CCRIS tunjuk bayaran bulanan RM66. Bank ikut angka ni. Print CCRIS & tengok berapa komitmen yang bank kira.
Gadai atau Loan?
Gadai sesuai untuk duit cepat & jumlah kecil — tak perlu semak gaji. Personal loan pula untuk jumlah lebih besar, tempoh 7–10 tahun, ansuran tetap. Apa pun pilihan, kira dulu kemampuan bayar — dan ingat, rekod gadai bank akan nampak.
Jadi, Kenapa Pajak Gadai Jejaskan Loan?
  • Gadai berulang → bank nampak high risk → scoring jatuh.
  • Bayaran bulanan dalam CCRIS → masuk komitmen.
Dah ada, dah tertunggak, atau tak mampu settle? Tekan butang WhatsApp hijau di bucu kanan bawah — tanya Kakak.
*Berdasarkan pengalaman Kakak. Polisi setiap bank berbeza.
02
Buy Now Pay Later (BUYNPAYL)
Had kecil, tapi ansuran dalam CCRIS boleh jadi besar.
+
NoTarikhFacilityBaki
(Outstanding)
Tarikh bakiHad /
Ansuran
Rekod bayaran 12 bulan
Outstanding CreditContoh 1FJDNOSAJJMAM
111-11-2025OwnCB100.00
OBUYNPAYL21.0031-01-202639.00MTH00021
Total Outstanding Balance:21.00Total Limit:100.00
NoTarikhFacilityBaki
(Outstanding)
Tarikh bakiHad /
Ansuran
Rekod bayaran 12 bulan
Outstanding CreditContoh 2FJDNOSAJJMAM
124-06-2015OwnCB4,000.0000
OCRDTCARD4,560.0031-12-20250.00MTH000000000000
229-06-2015OwnCB4,500.00
OCRDTCARD4,510.0031-12-2025225.00MTH000000000000
OCRDTCARD0.0031-12-20250.00MTH000000000000
OCRDTCARD0.0031-12-20250.00MTH000000000000
328-02-2018OwnCB15,000.0000
OCRDTCARD15,000.0031-12-20250.00MTH000000000000
OCRDTCARD0.0031-12-20250.00MTH000000000000
403-09-2025OwnCB1,499.00
OBUYNPAYL1,426.0031-12-2025721.00MTH0000
Total Outstanding Balance:25,496.00Total Limit:24,999.00
NoTarikhFacilityBaki
(Outstanding)
Tarikh bakiHad /
Ansuran
Rekod bayaran 12 bulan
Outstanding CreditContoh 3FJDNOSAJJMAM
823-08-2025OwnCB1,599.00
OBUYNPAYL1,524.0031-03-20261,668.00MTH33030000
Had BNPL: RM100 · RM1,499 · RM1,599Ansuran BNPL dalam CCRIS: RM39 · RM721 · RM1,668
*Contoh sahaja untuk tujuan pendidikan — bukan laporan CCRIS pelanggan sebenar.
Kod facilityHadAnsuran / bayaran bulananBayaran tertunggak
1Baca 3 Contoh Ni
  • Contoh 1: Had RM100 — tapi ansuran dalam CCRIS RM39. Ada "2" dan "1" → ada bayaran tertunggak. Kecil pun, rekod ni kekal 12 bulan.
  • Contoh 2: Had RM1,499 · ansuran tetap RM721. Dah bayar 4 bulan (empat "0") — tapi baki masih RM1,426, hampir sama dengan had. Baki & ansuran ni mungkin tak tepat, tapi bank tetap kira RM721 sebagai komitmen.
  • Contoh 3: Had RM1,599 — ansuran dalam CCRIS RM1,668, lebih tinggi dari had sendiri. Rekod 3, 3, 0, 3 pun tak logik (biasanya naik 0 → 1 → 2 → 3) — mungkin silap rekod.
Tapi bank tak tanya kenapa. Nampak "3" → hampir semua bank terus reject. Nampak "2" pun ramai bank dah reject. Sebab tu, semak CCRIS anda sendiri dulu sebelum apply.
2Angka CCRIS Boleh Salah
  • BNPL masih baru dalam pasaran — cara rekod tak semestinya sama macam bank.
  • Baki, ansuran & rekod tertunggak — semua boleh tak tepat.
  • Boleh jadi human mistake, boleh jadi system mistake.
  • Bank tak tanya — sistem bank terus kira ikut angka dalam CCRIS.
  • Nak rayu (appeal)? Susah. Biasanya bank suruh betulkan rekod dengan pemberi BNPL dulu — dan itu ambil masa.
  • Kalau memang ada bayaran tertunggak, walaupun sebulan — itu tetap jejaskan CCRIS.
Kiraan: DSR Dari 3 BNPL Sahaja
Andaian: gaji bersih RM5,000 · tiada komitmen lain.
Gaji bersih bukan gaji kasar.
3 BNPL (dalam CCRIS)
Jumlah hadRM3,198
Ansuran sebulanRM2,428
DSR (dari BNPL sahaja)48.6%
* Had: RM100 + RM1,499 + RM1,599 = RM3,198. Ansuran: RM39 + RM721 + RM1,668 = RM2,428. DSR = RM2,428 ÷ RM5,000 = 48.6%.
48.6% ni belum kira loan kereta, loan rumah, personal loan lain & kad kredit. Campur semua — DSR mudah lepas had bank.
Cadangan Kakak
  • Belum ambil BNPL? Kalau anda rancang nak apply personal loan nanti, Kakak cadangkan jangan ambil BNPL dulu.
  • Dah ambil? Semak CCRIS — pastikan baki & ansuran BNPL tu betul. Kalau tak sama dengan bayaran sebenar, minta pemberi BNPL betulkan rekod.
  • Selagi CCRIS belum dikemas kini, bank tetap kira ikut angka dalam CCRIS. Bank biasanya tak layan rayuan — mereka akan minta anda kemas kini rekod CCRIS dulu.
  • Kalau ansuran BNPL dalam CCRIS tinggi → DSR pecah → loan susah lulus.
  • Tempoh untuk rekod dibetulkan tak tentu — semak awal, sebelum perlukan loan.
Undang-Undang Baharu
Akta Kredit Pengguna 2025 berkuat kuasa 1 Mac 2026. Pemberi BNPL perlu semak kemampuan anda sebelum lulus. Tetap semak CCRIS & CTOS anda selalu.
BNPL atau Loan?
BNPL sesuai untuk barang kecil — ada pelan 0% kalau bayar ikut jadual. Tapi pelan lebih panjang biasanya ada caj bulanan, dan lewat bayar ada caj tambahan. Apa pun pilihan, kira dulu kemampuan bayar.
Jadi, Kenapa BNPL Jejaskan Loan?
  • Tempoh pendek → ansuran tinggi → fail DSR.
  • Guna duit masa depan → bank kurang suka → scoring jatuh.
  • Angka CCRIS mungkin silap — tapi bank tetap kira.
Dah ada, dah tertunggak, atau tak mampu settle? Tekan butang WhatsApp hijau di bucu kanan bawah — tanya Kakak.
*Berdasarkan pengalaman Kakak. Polisi setiap bank berbeza.
03
Revolving Credit (RVVGCRDT)
Ambil sikit-sikit, akhirnya komitmen pecah.
+
NoTarikhFacilityBaki
(Outstanding)
Tarikh bakiHad /
Ansuran
Rekod bayaran 12 bulan
Outstanding CreditMFJDNOSAJJMA
701-05-2025OwnCB17,800.0000
ORVVGCRDT0.0031-03-20260.00MTH00000000000
ORVVGCRDT1,432.0031-03-2026119.00MTH21000000000
ORVVGCRDT442.0031-03-202645.00MTH2100000000
ORVVGCRDT4,960.0031-03-2026248.00MTH2100000000
ORVVGCRDT345.0031-03-2026173.00MTH210000000
ORVVGCRDT4,470.0031-03-2026248.00MTH210000000
ORVVGCRDT2,150.0031-03-2026269.00MTH21000000
ORVVGCRDT1,136.0031-03-2026190.00MTH2100000
ORVVGCRDT2,040.0031-03-2026102.00MTH210000
ORVVGCRDT354.0031-03-202636.00MTH21000
ORVVGCRDT345.0031-03-2026173.00MTH2100
Had: RM17,80010 kali ambilAnsuran: RM1,603 / bulan
*Contoh sahaja untuk tujuan pendidikan — bukan laporan CCRIS pelanggan sebenar.
Kod facilityHadAnsuran / bayaran bulananBayaran tertunggak
1Macam Mana Revolving Credit Berfungsi
  • Biasanya dari bank digital (contoh: FlexiCredit) — mohon online, dapat satu had kredit.
  • Ambil bila perlu. Faedah dikira atas jumlah yang diambil sahaja.
  • Kadar flat boleh rendah (ikut profile) · tempoh boleh pilih sampai 60 bulan.
  • Kalau guna dengan rancangan — memang okay.
  • Tapi ingat: setiap kali ambil = satu ansuran baharu, dengan tempoh sendiri. Pilih tempoh pendek → ansuran tinggi.
2Apa Bank Nampak Dalam Contoh Ni
  • Had RM17,800 — diambil 10 kali: RM1,432 → RM442 → RM4,960 → RM345 → RM4,470 → RM2,150 → RM1,136 → RM2,040 → RM354 → RM345.
  • Setiap baris ada ansuran sendiri. Campur semua = RM1,603 sebulan.
  • 2 bulan terkini, semua baris tunjuk "2, 1" → bank nampak 10 akaun dengan bayaran tertunggak serentak.
Masa ambil, rasa okay — setiap ansuran nampak kecil. Lama-lama ansuran bertimbun sampai RM1,603 sebulan, gaji tak cukup. Akhirnya kesemua 10 akaun ada bayaran tertunggak 2 bulan.
Kiraan: Revolving Credit vs Personal Loan
Andaian: gaji bersih RM5,000 · tiada komitmen lain · jumlah baki 10 kali ambil = RM17,674.
Gaji bersih bukan gaji kasar.
Revolving
(10 kali ambil)
Kalau personal loan
JumlahRM17,674RM17,674
TempohIkut setiap kali ambil7 tahun, 9% flat
Ansuran sebulanRM1,603RM343
DSR (dari ini sahaja)32.1%6.9%
BezaRM1,260 sebulan
* Personal loan: RM17,674 + (RM17,674 × 9% × 7) = RM28,809 ÷ 84 bulan = RM343. DSR = ansuran ÷ gaji bersih.
Contoh ni kira 9%. Kalau anda layak 3%–4%, cuba fikir — berapa boleh jimat, dan komitmen turun berapa?
Kira Dulu Kemampuan Bayar
Kadar rendah tak bermakna selamat. Setiap kali nak ambil lagi, tanya diri: campur semua ansuran, gaji masih cukup tak?
Jadi, Kenapa Revolving Credit Jejaskan Loan?
  • Ambil banyak kali → ansuran dicampur → fail DSR.
  • Tempoh pendek → ansuran berat.
  • Bayaran tertunggak → semua baris kena → bank terus reject.
Dah ada, dah tertunggak, atau tak mampu settle? Tekan butang WhatsApp hijau di bucu kanan bawah — tanya Kakak.
*Berdasarkan pengalaman Kakak. Polisi setiap bank berbeza.
Bandingkan Dulu: 4 Pilihan
Setiap satu ada kelebihan — dan ada risiko. Pilih ikut keperluan & kemampuan anda.
PilihanKelebihanPerlu tahu
Pajak gadaiDuit cepat · tak semak gajiPerlu barang kemas · caj jalan terus, pokok tak berkurang sampai tebus · gadai berulang → scoring jatuh
BNPLMudah · ada pelan 0% kalau bayar ikut jadualTempoh pendek → ansuran tinggi · ada caj untuk pelan panjang & lewat bayar · angka CCRIS mungkin silap → DSR pecah
Revolving creditAmbil bila perlu · kadar boleh rendah · tempoh sampai 60 bulanSetiap kali ambil = ansuran baharu · ambil banyak kali → komitmen bertimbun → DSR pecah
Personal loanJumlah besar · tempoh 7–10 tahun · ansuran tetapPerlu lulus semakan bank (CCRIS, DSR) · proses ambil masa · kalau ambil maksimum, mungkin tiada ruang lagi untuk BNPL / revolving credit
Kesimpulan Kakak
Pajak Gadai
  • Cepat & terus dapat duit.
  • Tapi kalau kewangan masih sesak, dan duit gadai tu tak banyak bantu rancangan kewangan anda — jangan gadai dulu.
  • Rekod gadai masuk CCRIS. Nanti bila perlukan loan, kesannya besar.
Buy Now Pay Later
  • Kakak tak setuju guna duit masa depan tanpa rancangan — nampak suka, terus beli.
  • Komitmen naik sikit-sikit tanpa sedar.
  • Angka dalam CCRIS mungkin tak sama dengan bayaran sebenar — semak sendiri.
  • Bila dah tertunggak, nanti perlu keluar lebih banyak duit untuk settle.
Revolving Credit
  • Kelebihannya: faedah murah, tempoh sampai 60 bulan.
Masalah terbesar: ambil sikit-sikit, tempoh pendek.
  • Credit line sentiasa ada → suka ambil sikit → tempoh pendek → ansuran besar → tak mampu bayar → bulan depan ambil lagi → akhirnya pecah.
  • Kakak dah tengok banyak CCRIS jadi macam ni: banyak baris, ansuran terlalu tinggi berbanding had → DSR pecah.
  • Boleh ambil — tapi pastikan anda mampu bayar.
Kenapa tunggu semua ni rosak dulu, baru cari personal loan?
  • Personal loan yang dirancang bukan tamak.
  • Lebih mudah apply bila rekod masih elok — berbanding lepas pajak gadai, BNPL & revolving dah "terbalik".
  • Dah rosak pun? Ada kes Kakak mungkin masih ada cara untuk bantu — tekan butang WhatsApp hijau di bucu kanan bawah.
Bila Dah Tak Mampu Bayar
Kalau tak buat apa-apa sebelum CCRIS dikemas kini, rekod tertunggak akan terus naik bulan demi bulan. Bertindak awal.
Dah Ada? Ini Yang Boleh Buat
1Print CCRIS — semak setiap ISPWNBKG, BUYNPAYL & RVVGCRDT, dan ansurannya.
2Ada angka pelik? Hubungi pemberi untuk betulkan rekod.
3Berhenti tambah — jangan gadai, BNPL atau ambil revolving baharu.
4Cara paling pasti: selesai penuh (fully settle) sampai rekod tak lagi dikira dalam CCRIS.
5Dah ada pajak gadai, BNPL atau revolving credit — komitmen dah tak mampu bayar, mungkin dah kena reject, atau dah ada bayaran tertunggak? Tanya Kakak — mungkin ada cara boleh bantu. Tekan butang WhatsApp hijau di bucu kanan bawah.
Ringkasan Kakak
1Ketiga-tiga muncul dalam CCRIS — bank nampak semuanya.
2Pajak gadai berulang → scoring jatuh.
3BNPL & revolving: tempoh pendek → ansuran tinggi → DSR pecah.
4Bank kira ikut angka CCRIS — walaupun angka tu silap.
5Bandingkan dulu: setiap pilihan ada kelebihan — tapi kira kemampuan bayar sebelum ambil.
6Dah ada? Selesai penuh — atau tanya Kakak dulu (butang WhatsApp hijau di bucu kanan bawah).
Ingat Pesan Kakak
Murah atau cepat bukan alasan untuk tak kira. Sebelum ambil apa-apa, tanya diri: mampu bayar setiap bulan tak? Kalau dah tak mampu, bertindak sebelum CCRIS dikemas kini.
Dah Ada Pajak Gadai, BNPL atau Revolving?
Anda tak perlu fikir sorang-sorang. Biar Kakak semak profile anda dulu.
Semakan ini sesuai untuk anda yang:
✓Gaji / Pendapatan RM3,000 ke atas
✓Bekerja di Syarikat Swasta / MNC / PLC
1
Hantar 2 benda ni:
Income DocumentBekerja → 3 bulan payslipBusiness → 6 bulan bank statement
Credit ReportCTOS / Experian / eCCRISReport lama pun boleh untuk semakan awal.
➜⬇
2Kakak bantu semak profile anda
➜⬇
3Dapat jawapan: macam mana nak selesaikan & bila boleh apply loan
FREESemakan profile adalah percuma — tiada sebarang caj.
Maklumat anda dirahsiakan. Kakak tidak akan minta OTP, password, login details atau bayaran pendahuluan.
Educational Disclaimer
Kandungan ini adalah perkongsian pengalaman untuk tujuan pendidikan sahaja. Semua contoh CCRIS di page ini telah diubah dan bukan rekod pelanggan sebenar. Kadar, caj dan kelulusan sebenar bergantung pada profile anda dan polisi setiap bank atau pemberi kredit. Loan Kakak ialah AI Ambassador kepada pakar personal loan sebenar dan tidak menjamin sebarang kelulusan atau kadar interest.