➜Kembali ke HomepageDebt Consolidation

Patut Ke Tukar Loan Lama ke Personal Loan Baru?

Kad kredit, car loan, PTPTN, personal loan lama — ramai nak satukan jadi satu loan baru. Kadang memang berbaloi, kadang rugi beribu-ribu. Jom Kakak tunjuk cara kira, sebelum anda sign apa-apa.
Anda Pernah Rasa Macam Ni?
Page ni memang untuk anda. Kakak akan bantu jawab semua persoalan anda.
Lepas Baca Page Ni, Anda Akan Tahu…
Jawapannya ada di bawah — jom baca satu-satu.
?Hutang kad kredit — patut tukar ke personal loan?
?PTPTN & car loan — patut ke ditutup guna personal loan?
?Personal loan lama — rate berapa baru berbaloi tukar?
?Nak cash out — consolidate atau ambil loan kecil (second loan)?
?Dalam AKPK — boleh keluar dari AKPK & apply loan semula?
?Kos tersembunyi yang ramai terlepas pandang — termasuk insurans.
Faham Dulu: Ansuran vs Interest, Flat Rate vs EIR & Rule of 78
Sebelum fikir pasal debt consolidation, faham asas ni dulu. Barulah anda boleh nilai gambaran penuh, bukan tengok interest je.
1Ansuran Turun ≠ Interest Turun
  • Ansuran = berapa anda bayar sebulan. Interest = kos sebenar pinjaman.
  • Ansuran selalunya turun sebab tempoh jadi lebih panjang — jumlah interest boleh jadi lebih banyak.
  • Bila nak tukar loan, tengok gambaran penuh: interest, ansuran, berapa tahun lagi, DSR & commitment — bukan satu je.
2Flat Rate, EIR & Rule of 78
  • Flat rate: interest dikira atas jumlah asal pinjaman, dari awal sampai habis.
  • EIR: interest dikira ikut baki sebenar. Ini cara yang adil untuk banding. Contoh: 9% flat (7 tahun) = lebih kurang 15.2% EIR.
  • Rule of 78: cara lama bank bahagikan interest flat rate. Ansuran setiap bulan sama, tapi bulan-bulan awal, sebahagian besar pergi ke interest — principal turun sikit je.
Contoh: Personal loan RM50,000 · 9% flat · 7 tahun (84 bulan) · interest RM50,000 × 9% × 7 = RM31,500 · ansuran (RM50,000 + RM31,500) ÷ 84 = RM970 sebulan
  • Setiap ansuran RM970 sebenarnya dibahagi kepada 2 bahagian:
    • Principal = duit yang anda pinjam (RM50,000). Bila principal dibayar, baki hutang anda turun.
    • Interest = kos meminjam duit tu — bayaran kepada bank. Bahagian ni tak kurangkan hutang anda.
Jadual 1: Cara Rule of 78 bahagikan ansuran anda
BulanAnsuranPergi ke
interest
Pergi ke
principal
Baki
principal
1RM970RM741RM229RM49,771
2RM970RM732RM238RM49,533
3RM970RM724RM247RM49,286
⋮⋮⋮⋮⋮
12RM970RM644RM326RM46,669
24RM970RM538RM432RM42,067
⋮⋮⋮⋮⋮
60RM970RM221RM750RM20,639
84RM970RM9RM961RM0
1–24RM23,286RM15,353RM7,933RM42,067
* Bulan 1, RM741 pergi ke interest, RM229 je ke principal. Makin lama, makin banyak ke principal. Angka dibundarkan.
Jadual 2: Lepas 2 tahun — Rule of 78 vs interest dibahagi sama rata
Lepas 24 bulanRule of 78Kalau interest
dibahagi sama rata
Jumlah dah bayarRM23,28624 × RM970RM23,28624 × RM970
Pergi ke interestRM15,353RM9,000RM50,000 × 9% = RM4,500
setahun × 2 tahun
Pergi ke principalRM7,933RM14,286RM23,286 − RM9,000
Baki principalRM42,067RM35,714RM50,000 − RM14,286
Interest dah dibayar49%49% interest dah dibayar
dalam 2 tahun je
29%Masa lalu 29%,
interest dibayar 29% je
* Ikut Rule of 78, dalam 2 tahun pertama bank dah caj RM15,353 interest — RM6,353 lebih (RM15,353 − RM9,000) berbanding kalau interest dibahagi sama rata. Kalau anda settle atau tukar loan lepas 2 tahun, lebihan ni takkan dipulangkan. Sebab tu, bawah Rule of 78, settle atau tukar awal memang tak berbaloi.
Peraturan Baharu — Untuk Lindungi Pengguna
  • Car loan baru mulai 1 Jun 2026: tak boleh guna flat rate & Rule of 78 lagi.
  • Personal loan mulai 1 Januari 2027: flat rate dihapuskan — wajib guna EIR (interest ikut baki).
  • Personal loan mulai 1 Januari 2027: Rule of 78 juga dihapuskan.
  • Bank Negara buat ni untuk lindungi pengguna — bila anda settle awal, anda cuma bayar interest ikut baki sebenar.
  • Maksudnya: ambil tempoh panjang (contoh 10 tahun) pun tak apa — ansuran rendah, DSR ada ruang. Bila ada duit, settle awal masih berbaloi (interest untuk baki tempoh tak dikenakan langsung).
  • Loan yang diambil sebelum tarikh ni masih ikut cara lama — semak agreement anda.
6 Perkara Yang Perlu Anda Faham Sebelum Tukar ke Personal Loan Baru
Tekan "+" pada perkara yang anda nak tahu lebih lanjut. Semua contoh guna andaian yang sama supaya senang banding.
01
Debt Consolidation atau Personal Loan Biasa?
Nak turunkan commitment, atau cuma perlu tunai? Salah pilih boleh rugi ribu-ribu.
+
Apa itu DSR?
DSR = Komitmen bulananGaji bersih × 100%
Komitmen bulanan = semua ansuran sebulan (car loan, personal loan, PTPTN, housing loan, kad kredit). Gaji bersih bukan gaji kasar. Makin tinggi DSR, makin susah bank lulus loan.
1Apa Beza Dua-Dua Ni?
Debt Consolidation
Personal loan baru yang bank guna untuk bayar terus hutang lama — biasanya kad kredit, personal loan lama, ada bank termasuk car loan.
Loan baru − caj − hutang lama = baki ke akaun bank anda
DSR = Ansuran loan baruGaji bersih × 100%
Komitmen hutang yang bank dah bayar tak dikira lagi.
VS
Personal Loan Biasa
Personal loan baru, semua duit masuk akaun bank anda. Hutang lama kekal. Kalau dah ada 1 personal loan, ini jadi akaun kedua (second account) — dan seterusnya.
Loan baru − caj = semua tunai ke akaun bank anda
DSR = Komitmen lama + Ansuran loan baruGaji bersih × 100%
Komitmen lama masih dikira — perlu ruang DSR lebih besar.
2Banding Sebelah-Sebelah
Debt
Consolidation
Personal Loan
Biasa
TujuanTurunkan commitment & satukan beberapa hutang jadi satuDapat tunai (cash on hand)
Lepas lulus, duit pergi ke mana?Bank bayar terus hutang lama (kad kredit, personal loan lama, car loan). Baki masuk akaun bank andaSemua masuk akaun bank anda
Hutang lamaPersonal loan & car loan dibayar habis — akaun kena tutup ikut proses bank. Kad kredit: baki dibayar, kad masih boleh gunaKekal — anda teruskan bayar macam biasa
DSR masa applyAnsuran lama tak dikiraCommitment akaun yang dibayar bank tak masuk DSRAnsuran lama + ansuran loan baru dikira
Peluang lulusLebih tinggi bila DSR ketatLebih susahOK kalau masih ada ruang DSR
Tunai dapatLoan baru − hutang lama − cajIkut jumlah cash out yang anda perlukan — kalau DSR ada ruang, ada yang boleh dapat maksimumLoan baru − caj
* Caj = duti setem, caj pemprosesan & insurans (ada bank wajib, ada bank pilihan). Polisi setiap bank berbeza — ada bank tak benarkan akaun kedua kalau anda dah ada personal loan dengan bank tu; kena buat debt consolidation.
3Contoh: Perlu Tunai RM10,000 — Mana Lebih Jimat?
Andaian: Gaji bersih RM5,000 · tiada commitment lain · personal loan lama 9% flat: ansuran RM970, baki RM42,067, tinggal 5 tahun · interest loan lama yang belum dibayar = RM31,500 − RM15,353 (dah bayar 2 tahun, Jadual 1) = RM16,147 · perlu tunai RM10,000 · dua-dua loan baru 5 tahun, kadar sama untuk dua-dua dalam setiap lajur.
Debt Consolidation = loan baru RM52,067 (RM42,067 tutup loan lama + RM10,000 tunai) · Personal Loan Biasa = loan baru RM10,000, loan lama kekal.
Jadual 3: Debt Consolidation vs Personal Loan Biasa — perlu tunai RM10,000
Kadar loan baru9%6% Jika Layak3% Jika Layak
Debt Consolidation
(interest)
RM23,430RM52,067 × 9% × 5RM15,620RM52,067 × 6% × 5RM7,810RM52,067 × 3% × 5
Personal Loan Biasa
(interest)
RM20,647RM16,147 + (RM10,000 × 9% × 5)RM19,147RM16,147 + (RM10,000 × 6% × 5)RM17,647RM16,147 + (RM10,000 × 3% × 5)
Lebih jimat interest PLRM23,430 − RM20,647Jimat RM2,783 DCRM19,147 − RM15,620Jimat RM3,527 DCRM17,647 − RM7,810Jimat RM9,837
Debt Consolidation
(ansuran sebulan)
RM1,258(RM52,067 + RM23,430) ÷ 60RM1,128(RM52,067 + RM15,620) ÷ 60RM998(RM52,067 + RM7,810) ÷ 60
Personal Loan Biasa
(ansuran sebulan)
RM1,212RM970 (lama) + RM242 (baru)
RM242 = (RM10,000 + RM4,500) ÷ 60
RM1,187RM970 (lama) + RM217 (baru)
RM217 = (RM10,000 + RM3,000) ÷ 60
RM1,162RM970 (lama) + RM192 (baru)
RM192 = (RM10,000 + RM1,500) ÷ 60
DSRDC 25.2%
PL 24.2%
DC 22.6%
PL 23.7%
DC 20.0%
PL 23.2%
* DSR = ansuran sebulan ÷ RM5,000. DSR sekarang (sebelum apply) = RM970 ÷ RM5,000 = 19.4%. Belum tolak duti setem, caj pemprosesan & insurans. Angka dibundarkan.
4Apa Yang Tentukan Mana Lebih Berbaloi?
1Kadar loan lama OLD% vs kadar loan baru NEW%
  • Kadar baru lebih rendah daripada loan lama → debt consolidation boleh jimat (lihat lajur 6% & 3%).
  • Kadar baru sama dengan loan lama → personal loan biasa selalunya lebih jimat (lihat lajur 9%) — sebab interest awal loan lama dah dibayar.
2Bukan Interest Je — Tengok Juga
  • Tujuan: nak turunkan commitment / DSR, satukan beberapa akaun jadi satu, atau cuma perlu tunai?
  • DSR: debt consolidation banyak bantu turunkan DSR, sebab commitment hutang lama tak dikira lagi. Ruang DSR ni penting kalau nanti nak beli rumah, kereta, atau simpan backup.
  • Peluang lulus: debt consolidation lebih senang lulus bila DSR ketat.
  • Tempoh: berapa tahun lagi anda kena bayar.
  • Caj, terutama insurans: umur 45 tahun ke atas, premium insurans lebih tinggi — lebih-lebih lagi bank yang wajibkan insurans. Loan besar (debt consolidation) = premium lebih besar.
Jadual 4: Situasi Anda — Mana Lebih Sesuai?
* Lihat situasi yang paling dekat dengan anda. Mahkota tunjuk pilihan yang biasanya lebih sesuai.
Situasi andaDCPL
Kadar baru lebih rendah daripada loan lama
Kadar baru lebih kurang sama dengan loan lama
DSR dah ketat / borderline
DSR masih ada ruang, perlu tunai sikit
Nak satukan banyak akaun, perlu cash out besar
Bank tak benarkan akaun kedua
Loan lama baru 1–2 tahun (sebelum 2027)
Umur 45+ & bank wajibkan insurans (premium mahal)
Jadi, Mana Satu?
  • Banding dulu kadar loan lama dengan kadar loan baru.
  • Lepas tu tengok tujuan, DSR, tempoh & caj — bukan interest je.
  • Tak pasti? Kakak boleh bantu semak profile anda.
02
PTPTN & EPF Loan → Personal Loan
Dua-dua antara hutang paling murah — tukar atau tak, ikut kadar yang anda dapat.
+
Andaian: Baki RM30,000 · tinggal 7 tahun (84 bulan) · personal loan baru juga 7 tahun (kebanyakan personal loan paling lama 7 tahun, ada yang sampai 10 tahun)
PTPTN: Ujrah 1% flat rate (contoh: pinjaman RM30,000 asalnya 15 tahun, dah bayar 8 tahun) · EPF loan: 4.5% EIR, dikira ikut baki · Personal loan: flat rate
Jadual 5: PTPTN vs Personal Loan
Kekal
PTPTN
Personal
Loan 9%
Personal
Loan 3% Jika Layak
Interest / cajRM2,100RM30,000 × 1% × 7RM18,900RM30,000 × 9% × 7RM6,300RM30,000 × 3% × 7
Beza interest—+RM16,800RM18,900 − RM2,100+RM4,200RM6,300 − RM2,100
Ansuran sebulanRM382(RM30,000 + RM2,100) ÷ 84RM582(RM30,000 + RM18,900) ÷ 84RM432(RM30,000 + RM6,300) ÷ 84
Beza ansuran sebulan—+RM200RM582 − RM382+RM50RM432 − RM382
* Ujrah PTPTN = baki × 1% × tempoh. Kenapa beza ansuran dengan personal loan 3% cuma RM50? Sebab principal yang dibayar sama: RM30,000 ÷ 84 = RM357 sebulan. Yang beza cuma interest — PTPTN RM25 sebulan (RM2,100 ÷ 84), personal loan 3% RM75 sebulan (RM6,300 ÷ 84). Tempoh asal PTPTN ikut jumlah pinjaman (5 hingga 20 tahun). Ada peminjam lama masih dalam skim konvensional (3%–5%) — semak di myPTPTN.
Jadual 6: EPF Loan (Fasiliti Sokongan Akaun 2) vs Personal Loan
Kekal
EPF loan
Personal
Loan 9%
Personal
Loan 3% Jika Layak
InterestRM5,0284.5% setahun (EIR), dikira ikut bakiRM18,900RM30,000 × 9% × 7RM6,300RM30,000 × 3% × 7
Beza interest—+RM13,872RM18,900 − RM5,028+RM1,272RM6,300 − RM5,028
Ansuran sebulanRM417RM582(RM30,000 + RM18,900) ÷ 84RM432(RM30,000 + RM6,300) ÷ 84
Beza ansuran sebulan—+RM165RM582 − RM417+RM15RM432 − RM417
* Fasiliti Sokongan Akaun 2 (2023): pinjaman bank yang dijamin dengan simpanan EPF Akaun 2. Kadar lebih kurang 4%–5% setahun, ikut SBR, dikira ikut baki — sebab tu ia lebih murah daripada personal loan flat rate. Angka anggaran sahaja.
Jangan Abaikan PTPTN & EPF Loan
Dua-dua ada dalam CCRIS. Kalau bayaran lewat atau tertunggak, credit score jatuh dan peluang lulus loan pun terjejas — ada bank tak lulus loan kalau PTPTN tak dibayar.
Jadi, Patut Tukar PTPTN atau EPF Loan?
  • Dapat kadar biasa (contoh 9%) → tak berbaloi. Interest naik banyak, ansuran pun naik (PTPTN +RM200, EPF loan +RM165 sebulan).
  • Dapat kadar sangat rendah (contoh 3%, Jika Layak) → beza kecil: PTPTN +RM50 sebulan (+RM4,200 interest), EPF loan +RM15 sebulan (+RM1,272 interest).
  • Kalau anda tak kisah beza ni dan nak satukan akaun supaya kurang hutang nak urus & rekod CCRIS lebih kemas — boleh pertimbang.
  • Jangan lupa caj (duti setem, insurans) — beza sebenar mungkin lebih besar.
03
Car Loan → Personal Loan
Baki tinggal sikit? Ansuran boleh turun banyak — tapi anda mula semula.
+
Andaian: Car loan asal RM70,000 · 3% flat · 9 tahun · interest RM70,000 × 3% × 9 = RM18,900 · ansuran (RM70,000 + RM18,900) ÷ 108 = RM823 · dah bayar 6 tahun, tinggal 3 tahun
Ikut Rule of 78 (macam Jadual 1): baki untuk settle lebih kurang RM27,495 · interest car loan yang belum dibayar RM2,138 · personal loan baru 7 tahun · gaji bersih RM5,000 · tiada commitment lain.
Jadual 7: Car Loan Tinggal 3 Tahun vs Tukar ke Personal Loan 7 Tahun
Kekal
car loan
Personal
Loan 9%
Personal
Loan 3%
Jika Layak
JumlahRM27,495baki car loanRM27,495loan baru tutup car loanRM27,495loan baru tutup car loan
InterestRM2,138RM18,900 − RM16,762
(dah bayar 6 tahun)
RM17,322RM27,495 × 9% × 7RM5,774RM27,495 × 3% × 7
Beza interest—+RM15,184RM17,322 − RM2,138+RM3,636RM5,774 − RM2,138
Ansuran sebulanRM823RM534(RM27,495 + RM17,322) ÷ 84RM396(RM27,495 + RM5,774) ÷ 84
Commitment turun—−RM289RM823 − RM534−RM427 sebulanRM823 − RM396
DSR16.5%10.7%7.9%
Berapa tahun lagi377
* DSR = ansuran ÷ RM5,000. Belum termasuk duti setem, caj pemprosesan & insurans. Car loan yang diambil sebelum 1 Jun 2026 biasanya flat rate + Rule of 78; car loan baru mulai 1 Jun 2026 dikira ikut baki (EIR). Angka anggaran sahaja.
Jadi, Patut Tukar Car Loan ke Personal Loan?
  • Baki car loan masih banyak → tak perlu. Interest car loan memang murah, dan ansuran tak turun banyak.
  • Baki tinggal sikit (contoh 2–3 tahun lagi) → tukar ke personal loan 7 tahun boleh turunkan ansuran dengan ketara (contoh −RM427 sebulan dengan 3%). Ruang DSR yang bebas boleh guna untuk tujuan lain — contoh settle hutang lain, atau beli kereta baru.
  • Tapi ingat: anda mula semula — 3 tahun jadi 7 tahun, dan interest bertambah. Dengan kadar 9%, memang tak berbaloi — langsung tak patut tukar.
  • Pilih ikut tujuan anda: nak turunkan commitment & DSR, atau nak habiskan hutang cepat?
04
Personal Loan Lama → Baru: Rate Berapa Baru Berbaloi?
Ansuran turun belum tentu jimat — banding dulu interest yang anda akan bayar.
+
Andaian: Personal loan lama RM50,000 · 9% flat · 7 tahun · ansuran RM970 · dah bayar 2 tahun, tinggal 5 tahun · baki RM42,067 & interest yang belum dibayar RM16,147 (RM31,500 − RM15,353, lihat Jadual 1 & 2) · loan baru 7 tahun, tiada cash out · gaji bersih RM5,000 · tiada commitment lain.
Jadual 8: Kekal Loan Lama vs Tukar ke Personal Loan Baru
Kekal
loan lama
Tukar
9%
Tukar
6%
Jika Layak
Tukar
3%
Jika Layak
JumlahRM42,067baki loan lamaRM42,067RM42,067RM42,067
InterestRM16,147RM31,500 − RM15,353RM26,502RM42,067 × 9% × 7RM17,668RM42,067 × 6% × 7RM8,834RM42,067 × 3% × 7
Beza interest—+RM10,355RM26,502 − RM16,147+RM1,521RM17,668 − RM16,147Jimat RM7,313RM16,147 − RM8,834
Ansuran sebulanRM970RM816(RM42,067 + RM26,502) ÷ 84RM711(RM42,067 + RM17,668) ÷ 84RM606(RM42,067 + RM8,834) ÷ 84
Commitment turun—−RM154−RM259−RM364 sebulan
DSR19.4%16.3%14.2%12.1%
Berapa tahun lagi5777
* DSR = ansuran ÷ RM5,000. Belum termasuk duti setem, caj pemprosesan & insurans. Kadar 9% / 6% / 3% di sini flat rate — lebih kurang 15.2% / 10.6% / 5.6% EIR. Angka anggaran sahaja.
Ingat Juga
  • Ada PTPTN atau EPF loan (Fasiliti Sokongan Akaun 2)? Kadarnya dah sangat rendah — lihat Perkara 02 sebelum tukar.
  • Loan lama diambil mulai 1 Januari 2027 (ikut baki, tiada Rule of 78): settle awal lebih adil, jadi tukar loan lebih senang dipertimbang.
Jadi, Rate Berapa Baru Berbaloi?
  • 3% (Jika Layak) → berbaloi. Jimat interest RM7,313, dan ansuran turun RM364 sebulan.
  • 6% → ansuran turun RM259 sebulan, tapi interest lebih RM1,521. Pertimbang hanya kalau anda memang perlu turunkan commitment / DSR.
  • 9% (sama macam loan lama) → tak berbaloi. Interest lebih RM10,355, ansuran turun RM154 je.
* Dalam semua contoh ni, loan baki 5 tahun jadi 7 tahun — walaupun dapat 3%, anda tetap kena bayar 2 tahun lebih lama.
05
Hutang Kad Kredit → Personal Loan
Personal loan 9%: interest lebih kurang sama dengan kad. Tapi DSR turun banyak & tahu bila hutang habis. Dapat 3%? Jimat banyak.
+
Andaian: Hutang kad kredit RM50,000 · bank kira commitment kad 5% daripada baki = RM2,500 sebulan · personal loan baru RM50,000 · 7 tahun · gaji bersih RM5,000 · tiada commitment lain.
Jadual 9: Kekal Kad Kredit vs Tukar ke Personal Loan
Kekal
kad kredit
Personal
Loan 9%
Personal
Loan 3%
Jika Layak
Kadar interest15%–18%setahun, dikira ikut baki9% flatlebih kurang 15.2% EIR3% flatlebih kurang 5.6% EIR
Commitment yang bank kiraRM2,500RM50,000 × 5%RM970(RM50,000 + RM31,500) ÷ 84RM720(RM50,000 + RM10,500) ÷ 84
Commitment turun—−RM1,530−RM1,780 sebulan
DSR50%RM2,500 ÷ RM5,00019.4%RM970 ÷ RM5,00014.4%RM720 ÷ RM5,000
Bila hutang habis?Bayar minimum je — boleh makan masa bertahun-tahunTetap: habis dalam 7 tahunTetap: habis dalam 7 tahun
* Kad kredit 15% vs personal loan 9% flat (lebih kurang 15.2% EIR): kalau tengok interest je, beza kecil. Personal loan 3% flat (lebih kurang 5.6% EIR) jauh lebih murah. Belum termasuk duti setem, caj pemprosesan & insurans. Angka anggaran sahaja.
Jadi, Patut Tukar Hutang Kad Kredit?
  • Bayar minimum je & baki tak turun-turun → tukar ke personal loan boleh turunkan commitment dengan banyak: RM2,500 → RM970 (9%), atau RM720 kalau dapat 3%. Ansuran tetap, ada tarikh habis.
  • Dapat 3%? Interest pun jimat banyak berbanding kad kredit.
  • Lepas tukar, kad tak perlu ditutup — tapi jangan guna lagi sampai penuh, nanti hutang jadi dua kali ganda.
Nak tahu lebih lanjut?Kenapa Tukar Hutang Kad Kredit ke Personal Loan?
➜Baca Page Penuh
06
Keluar AKPK & Ambil Loan Baru — Berbaloi Ke?
AKPK bukan selamanya — tapi keluar kena ada sebab yang jelas.
+
1Masih Dalam AKPK
  • Selagi dalam AKPK, apply loan baru memang akan reject.
2Boleh Keluar — Prosesnya Mudah
  • Tulis surat kepada AKPK untuk keluar — biasanya lebih kurang seminggu.
  • Lepas keluar & CCRIS dikemas kini, status K bertukar kepada O (akaun normal) — baru boleh apply.
  • Lepas keluar, ansuran ikut terma bank semula — pastikan anda mampu bayar.
3Kadar AKPK Tak Sama Untuk Semua
  • Kadar dirunding dengan setiap bank. Semak pelan AKPK anda: baki, kadar, berapa tahun lagi.
  • Ada pelan ansuran tetap, ada yang naik sedikit demi sedikit (step-up).
  • Banding jumlah yang masih perlu dibayar dalam AKPK dengan jumlah bayaran loan baru — interest, ansuran & tempoh.
4Bila Mungkin Berbaloi?
  • Perlu rekod bersih untuk tujuan besar — contoh perlu beli kereta, DSR ada ruang, tapi tak boleh sebab AKPK.
  • Ansuran loan baru mampu dibayar, terutama bila ansuran step-up AKPK akan naik nanti.
5Belum Masuk AKPK?
  • Profile masih layak loan yang munasabah → semak debt consolidation dulu (rekod CCRIS kekal bersih).
  • DSR dah penuh → AKPK mungkin pilihan yang lebih selamat.
Jadi, Berbaloi Keluar AKPK?
  • Ikut tujuan anda — bukan sekadar nak "rasa bebas".
  • Kalau loan baru jauh lebih mahal & lebih lama, mungkin lebih baik habiskan AKPK.
  • Tak pasti? Kakak boleh bantu semak profile anda dulu.
*Berdasarkan pengalaman Kakak. Proses & polisi ikut AKPK dan setiap bank.
Ringkasan Kakak
1Debt consolidation atau personal loan biasa → banding kadar loan lama dengan loan baru dulu. Debt consolidation banyak bantu turunkan DSR.
2PTPTN & EPF loan → biasanya tak perlu tukar. Kecuali dapat kadar sangat rendah & memang nak satukan akaun.
3Car loan → baki masih banyak, tak perlu. Baki tinggal sikit, ansuran boleh turun banyak — tapi anda mula semula.
4Personal loan lama → baru → berbaloi bila kadar baru jauh lebih rendah (contoh 3%).
5Kad kredit → dengan 9%, interest lebih kurang sama; tapi commitment & DSR turun banyak, dan hutang ada tarikh habis.
6AKPK → boleh keluar, tapi pastikan ada tujuan yang jelas.
📌 Ingat Pesan Kakak
Duit cepat habis, hutang bertahun-tahun. Jangan tukar loan murah ke loan mahal hanya sebab nak cash. Kalau ansuran turun, simpan beza tu sebagai duit kecemasan — jangan belanja.
Kos Tersembunyi Yang Ramai Terlepas
Masa sign, ramai tak baca terma & syarat. Kos ni boleh makan duit yang anda "jimat".
Duti SetemBiasanya 0.5% daripada jumlah loan — contoh RM50,000 × 0.5% = RM250. Selalunya ditolak dari jumlah yang anda terima.
Caj PemprosesanTak semua bank ada. Tanya awal-awal sebelum sign.
Insurans / TakafulPremium ikut umur — umur 45 ke atas boleh jadi mahal.
8 Soalan Sebelum Anda Tukar
Bukan cuma interest. Jawab semua ni dulu.
1Interest: dari hari ini, saya jimat atau bayar lebih?
2Ansuran: turun berapa sebulan?
3Tempoh: saya kena bayar berapa tahun lagi?
4DSR: ruang DSR yang bebas — nak guna untuk apa? (rumah, kereta, backup)
5Kos tersembunyi: duti setem, caj pemprosesan, insurans / takaful — dah kira?
6Cash out: duit tu untuk apa? Lepas habis, saya masih bayar berapa tahun?
7Cara lain: boleh kekal loan lama + ambil loan kecil (akaun kedua)?
8Rate sebenar: profile saya dah disemak? Saya layak kadar berapa?
Nak Tahu Berbaloi Tukar Atau Tak?
Setiap orang lain-lain — kadar yang anda layak, tempoh yang sesuai, dan sama ada tukar memang berbaloi untuk anda. Kakak boleh bantu semak dulu.
1
Hantar 2 benda ni:
Income DocumentBekerja → 3 bulan payslipBusiness → 6 bulan bank statement
Credit ReportCTOS / Experian / eCCRISReport lama pun boleh untuk semakan awal.
➜⬇
2Kakak bantu semak profile anda
➜⬇
3Dapat jawapan: berbaloi tukar atau tidak
FREESemakan profile adalah percuma — tiada sebarang caj.
Maklumat anda dirahsiakan. Kakak tidak akan minta OTP, password, login details atau bayaran pendahuluan.
Educational Disclaimer
Kandungan ini adalah perkongsian pengalaman untuk tujuan pendidikan sahaja. Semua contoh dan angka adalah andaian — kadar, caj dan kelulusan sebenar bergantung pada profile anda dan polisi setiap bank. Loan Kakak ialah AI Ambassador kepada pakar personal loan sebenar dan tidak menjamin sebarang kelulusan.