➜Kembali ke HomepageLoan Lulus ≠ Rate Terendah

Loan Baru Lulus atau Dah Ada Existing Loan — Tapi Betul Ke Itu Rate Paling Rendah Untuk Anda?

Duit dari bank mana pun sama je. Tapi interest yang anda bayar boleh beza sampai puluhan ribu ringgit. Jom Kakak tunjuk kenapa — dan apa yang patut anda tahu sebelum terima mana-mana tawaran.
Anda Pernah Rasa Macam Ni?
Ramai buat macam ni — bukan salah anda. Page ni untuk anda.
Lepas Baca Page Ni, Anda Akan Tahu…
Jawapannya ada di bawah — jom baca satu-satu.
?Kenapa orang lain dapat rate lain — apa yang bank tengok?
?Beza 2% je — sebenarnya rugi berapa?
?Profile saya dalam category mana — dan apa strategi yang sesuai?
?5 cara orang cari personal loan — apa kebaikan & kelemahan setiap satu?
?Kenapa tak boleh apply semua bank sekali gus — dan macam mana nak elak kena tipu?
Faham Dulu: Kenapa Setiap Orang Dapat Rate Berbeza — Dan Kenapa Ada Yang Dapat Rate Sangat Rendah?
Duitnya sama je. Tapi setiap bank ada polisi, criteria & cara kira sendiri. Ni antara benda yang bank tengok bila tetapkan rate anda:
1
ScoringAda bank tetapkan rate ikut credit scoring — scoring cantik, rate lebih rendah.
2
IncomeIncome lebih tinggi = risiko bank lebih rendah = rate biasanya lebih murah.
3
Debt Consolidation vs PL BiasaAda bank bagi rate lebih rendah untuk debt consolidation berbanding personal loan biasa.
4
PLC / MNC vs Syarikat SwastaKerja di PLC atau MNC — kadang-kadang layak rate lebih rendah berbanding syarikat swasta biasa.
5
Kakitangan kerajaanBiasanya lebih murah, sebab kebanyakan bayaran dibuat melalui potongan gaji.
6
Potongan gaji oleh HRKalau majikan boleh potong ansuran terus dari payroll, rate mungkin lebih rendah.
7
Makan gaji vs bisnesMakan gaji biasanya lebih murah. Pemilik bisnes selalunya dapat rate lebih tinggi.
8
Pelanggan sedia ada (ETB)Dah ada car loan, housing loan atau kad dengan bank tu? Rate boleh lebih rendah berbanding pelanggan baru (NTB).
9
Gaji masuk bank tuPayroll dengan bank tu — mungkin layak rate lebih rendah.
10
Tempoh (tenure)Ada pakej yang bagi rate rendah sikit untuk tempoh lebih panjang.
11
Risiko keseluruhanBank nampak risiko tinggi → rate mahal. Risiko rendah → rate murah.
Tapi ingat — tiada satu pun yang automatik.
Pelanggan sedia ada (ETB) pun tak semestinya dapat. Ambil tempoh paling panjang tak semestinya paling murah. Gaji masuk bank tu pun tak semestinya layak. Bank kena padankan profile, income, dokumen & credit report anda sekali gus — baru tahu anda lepas criteria atau tak.
Beza 2% Je — Rugi Berapa Sebenarnya?
Contoh ni tunjuk kenapa "dah lulus" belum tentu "dah dapat yang terbaik".
Andaian contoh: Loan RM100,000 · 7 tahun (84 bulan) · flat rate · nama bank & kelayakan adalah rekaan untuk tujuan pendidikan.
Jadual 1: Rate 11 Bank Untuk Loan Yang Sama
BankKadar
(flat)
Ansuran
sebulan
Profile anda
(contoh)
Bank A3.99%RM1,523Tak lepas criteria
Bank B4.99%RM1,606Tak lepas criteria
Bank C5.99%RM1,690Tak lepas criteria
Bank D6.99%RM1,773Layak
Bank E7.99%RM1,856—
Bank F8.99%RM1,940Layak
Bank G9.99%RM2,023—
Bank H10.99%RM2,106—
Bank I11.99%RM2,190—
Bank J12.99%RM2,273—
Bank K13.99%RM2,356—
* Ansuran = (RM100,000 + interest) ÷ 84. Contoh Bank D: RM100,000 × 6.99% × 7 = RM48,930 → RM148,930 ÷ 84 = RM1,773. Angka dibundarkan.
Jadi, Apa Jadi Kalau Anda Tak Tahu?
  • Profile anda tak lepas criteria Bank A, B & C — tapi layak Bank D (6.99%) dan Bank F (8.99%).
  • Anda tak tahu Bank D wujud (padahal anda layak) → apply Bank F → lulus. Nampak macam berjaya, kan?
  • Hakikatnya: RM167 lebih setiap bulan. 7 tahun = RM14,000 (RM100,000 × 2% × 7) — duit yang sepatutnya kekal dalam poket anda.
Bayangkan kalau anda sebenarnya layak Bank A (3.99%)…
Tapi anda tak tahu Bank A wujud — atau tak tahu profile anda lepas criteria dia. Beza bukan 2% lagi, tapi 5%:
RM417 sebulan · RM35,000 dalam 7 tahun
* RM100,000 × 5% × 7 = RM35,000. RM1,940 − RM1,523 = RM417.
Cuba Kira Sendiri
Masukkan jumlah loan, rate & tempoh yang anda dapat. Sebelah kanan tunjuk kalau loan yang sama dapat 3%.
Rate Anda
Isi sendiri
Ansuran sebulan
RM970
Jumlah interest
RM31,500
Kalau Dapat 3%
Jika Layak
50,000
3
7
Ansuran sebulan
RM720
Jumlah interest
RM10,500
Beza sebulan: RM250Beza sepanjang tempoh: RM21,000
* Kiraan flat rate: interest = jumlah loan × rate × tahun; ansuran = (jumlah loan + interest) ÷ bulan. Mulai 1 Januari 2027 personal loan wajib guna EIR — angka sebenar akan berbeza. Belum termasuk duti setem, caj pemprosesan & insurans. Anggaran sahaja.
Kakak Cakap Jujur
Bukan semua orang layak 3%. Tapi kalau anda memang layak dan tak tahu — itulah yang paling rugi.
Langkah 1: Kenal Profile Anda Dulu
Anda tahu profile anda dalam category mana? Ini langkah paling penting — sebab strategi setiap category lain-lain. Tekan "+" untuk tengok.
1
Healthy Profile
Ke mana-mana bank pun berpeluang lulus — tapi lulus ≠ rate terendah.
+
1Ciri-ciri
  • DSR masih ada ruang
  • Bayar on time — CCRIS semua "0"
  • Penggunaan kad kredit rendah
  • Tiada rekod legal, AKPK atau SAA
  • Tak banyak permohonan loan dalam setahun
2Strategi
  • Anda boleh cari sendiri — tanya satu-satu bank, banding, baru apply.
  • Tapi kena tahu: pakej rate rendah memang wujud (contoh 3%–4% Jika Layak).
  • Dah dapat 7%–9%? Tak salah minta orang semak — mungkin ada bank lebih rendah yang anda layak.
Yang Paling Rugi? Selalunya Profile Healthy.
Ramai fikir: "Profile saya cantik, buat sendiri je, jimat caj agency." Tapi kalau anda sebenarnya layak rate rendah dan terlepas — itulah rugi paling besar. Makin besar loan, makin besar ruginya.
2
Challenging Profile
Masih ada peluang — ada bank approve, ada bank reject.
+
1Ciri-ciri
  • Penggunaan kad kredit tinggi
  • Income ada bahagian variable / tak tetap — bank mungkin tak kira semua
  • DSR makin sempit
  • Kelulusan bank mungkin lebih susah
2Strategi
  • Cari bank yang boleh lulus dan cari rate rendah — dua perkara yang berbeza.
  • Cari dulu bank yang boleh terima profile anda, baru banding rate.
  • Kalau cuba satu-satu sendiri, setiap reject tinggalkan rekod — peluang makin kecil.
3
Warning Profile
Peluang lebih tipis — lulus pun, rate mungkin mahal.
+
1Ciri-ciri
  • Dah ada 2 personal loan atau lebih
  • Kad kredit guna 80% ke atas
  • Risiko reject tinggi
2Strategi
  • Jangan "try nasib" ke banyak bank — setiap permohonan masuk rekod.
  • Faham dulu bank mana yang criteria-nya mungkin terima keadaan anda.
  • Kalau lulus, semak rate betul-betul sebelum sign — jangan terima sebab "janji lulus".
4
Red Flag Profile
Jujurnya — jangan buang masa apply dulu.
+
1Ciri-ciri
  • Dalam AKPK
  • Ada rekod legal
  • DSR dah penuh
2Strategi
  • Apply sekarang cuma tinggalkan satu lagi rekod tak elok dalam bank — nanti lagi susah.
  • Fokus dulu: faham masalah → baiki profile → baru plan loan.
  • Profile boleh pulih — tanya Loan Kakak. Tekan butang WhatsApp hijau di bucu kanan bawah.
Baca: Kenapa Personal Loan Kena Reject?
Tak pasti category anda? Semak di sini
Tak Faham Profile Sendiri = Senang Kena Tipu
Scammer ada di mana-mana — bukan dalam dunia loan je. Tapi bila anda rasa susah dapat loan, anda lebih senang percaya janji manis. Tanda bahaya:
  • Minta bayaran pendahuluan sebelum loan lulus
  • Minta OTP, password atau login bank
  • Janji "pasti lulus" walaupun belum tengok dokumen
  • Ajak ubah dokumen atau "naikkan income" — ini salah di sisi undang-undang
Agency yang betul tak minta bayaran pendahuluan — caj dibayar selepas loan lulus & duit masuk akaun anda.
Sebab scammer ramai, yang buat kerja betul pun kena syak. Jadi anda sendiri kena faham profile & hak anda sebagai pengguna — baru senang nilai siapa yang boleh dipercayai.
Langkah 2: Pilih Cara Cari Loan
Ni 5 cara yang orang selalu guna. Semua ada kebaikan & kelemahan — tak ada yang salah, asalkan anda faham kedudukan sendiri. Tekan "+" untuk tahu lebih.
01
Cari Sendiri Online
Google & platform perbandingan — yang paling atas belum tentu paling murah untuk anda.
Tiada cajMaklumat permukaan je
+
1Search Google & Iklan
  • Yang muncul nombor 1, 2, 3 — banyak yang iklan bersponsor.
  • Paling atas ≠ paling murah untuk anda.
  • Dari pengalaman Kakak: pakej rate paling rendah, margin bank dah nipis — jarang diiklankan besar-besaran.
2Platform Perbandingan Online
  • Senarai banyak bank & rate "dari x%". Memang memudahkan.
  • Rate dalam iklan biasanya yang paling rendah — hanya profile cantik atau profile tertentu yang layak. Contoh syarat (ikut bank): income tinggi, jawatan profesional / pengurusan, CCRIS bersih tanpa satu "1" pun, tiada permohonan loan dalam setahun.
  • Bukan semua bank ada di setiap platform. Rate pun boleh berbeza antara platform — sebab setiap bank ada pakej lain-lain.
  • Anda klik rate paling murah — tapi akhirnya lulus 8%–9%. Kenapa? Sebab rate tu ada syarat (polisi & requirement bank) yang tak tertulis dalam iklan — dan profile anda tak lepas syarat tu.
Jadi, Boleh Cari Sendiri Online?
  • Boleh — tiada caj, dan senang mula.
  • Tapi yang anda nampak cuma permukaan. Polisi sebenar setiap bank tak tertulis dalam iklan.
  • Paling sesuai untuk profile Healthy yang faham kedudukan sendiri.
  • Tapi hati-hati: profile Healthy kadang-kadang yang paling rugi — layak rate rendah, tapi apply sendiri dan dapat rate tinggi.
*Berdasarkan pengalaman Kakak. Pakej & syarat ikut setiap bank.
02
Walk-In ke Bank
Selamat & tiada caj — tapi satu bank cuma tahu pakej sendiri.
Tiada caj, selamatMakan masa, pilihan terhad
+
1Apa Yang Anda Dapat
  • Staf terangkan pakej, dokumen yang perlu & rate umum bank tu.
  • Walk-in 3 bank = anda tahu 3 bank je.
  • Polisi & criteria di belakang tabir — anda tetap tak nampak.
2Staf Kaunter Bukan Personal Loan Specialist
  • Ini bukan salah mereka. Mereka pegang terlalu banyak produk: insurans, housing loan, kad kredit, simpanan tetap, buka & tutup akaun, transfer, complaint…
  • Personal loan cuma salah satu. Jadi susah untuk mereka semak dokumen anda atau analisa CTOS report anda secara mendalam.
"Tak ada staf bank yang akan cakap:
'Bank sebelah lagi murah.'"
Jadi, Patut Walk-In?
  • Boleh — selamat, sebab memang di bank, dan tiada caj.
  • Tapi kos masa tinggi, dan pilihan anda terhad kepada bank yang anda pergi.
  • Jangan apply serentak di banyak bank sebab nak banding — baca Langkah 3 di bawah.
  • Nak walk-in? Boleh — tapi banding beberapa bank.
*Berdasarkan pengalaman Kakak. Polisi setiap bank berbeza.
03
Bank Call Anda (Telesales)
Senang & cepat — tapi yang ditawarkan cuma pakej bank tu.
Senang, kadang rate bagusTak tahu paling rendah ke tak
+
1Kenapa Bank Call Anda?
  • Anda pelanggan bank tu (contoh ada kad kredit) — mereka ada rekod anda.
  • Dah ada personal loan? Mereka boleh offer top-up.
  • Kadang-kadang rate yang ditawarkan memang bagus — boleh pertimbang.
2Dua Jenis Tawaran
  • Credit card loan: tak perlu dokumen, tapi guna had kad anda. Contoh: had RM50,000, ambil RM30,000 → kad tinggal RM20,000 je.
  • Personal loan: kena hantar dokumen terkini, had berasingan daripada kad. Tapi setiap bank ada had unsecured keseluruhan untuk seorang pelanggan — contoh had RM200,000, kad dah RM100,000 → personal loan maksimum RM100,000 (ikut bank).
Jangan Terima Sebab Senang — Check Dulu!
Ramai fikir: "Senang, hantar dokumen je, lulus — ambil." Tapi anda tak pernah banding pun.
Contoh loan RM150,000 · 7 tahun:
  • 9% → RM2,911 sebulan
  • 3% Jika Layak → RM2,161 sebulan
Beza RM750 sebulan — macam bayar ansuran sebuah kereta lagi. 7 tahun = RM63,000.
* RM150,000 × 9% × 7 = RM94,500 → (RM150,000 + RM94,500) ÷ 84 = RM2,911. RM150,000 × 3% × 7 = RM31,500 → RM181,500 ÷ 84 = RM2,161. Flat rate, anggaran sahaja.
Jadi, Terima Tawaran Telesales?
  • Boleh pertimbang — terutama kalau rate memang rendah.
  • Tapi sebelum hantar dokumen, semak dulu: ada bank lain yang anda layak dengan rate lebih rendah?
04
Nampak di Media Sosial (Iklan & Content)
Anda tak cari — iklan & content yang jumpa anda.
Senang, ada orang tolong semakAda caj, kena pandai pilih
+
1Kenapa Iklan Loan Muncul Depan Anda?
  • Bila anda cari "personal loan", algorithm Facebook, Instagram, TikTok & Threads tahu — terus tunjuk iklan & video loan.
  • Anda tak pergi cari pun — dia yang muncul.
2Lepas Klik, Apa Jadi?
  • Biasanya terus WhatsApp — ada orang tolong semak profile anda.
  • Ramai yang buat iklan & content ni sebenarnya loan agency / konsultan.
  • Loan Kakak pun salah satu — kami kongsi content pendidikan di media sosial, di bawah khidmat loan agency.
Jadi, Boleh Ikut Iklan Media Sosial?
  • Boleh — senang, dan ada orang tolong semak.
  • Tapi kebanyakannya ada caj — tanya & banding.
  • Cara pilih yang betul? Baca Cara 05 di bawah.
05
Guna Khidmat Profesional (Loan Agency)
Ada orang analisa profile anda, beri nasihat & cari loan yang sesuai — dengan rate lebih rendah.
Ada pakar tolong cariAda caj, kena pilih yang betul
+
1Kenapa Ramai Pilih Loan Agency?
  • Ada konsultan yang analisa profile anda & beri nasihat.
  • Mereka usaha cari loan yang sesuai — dan dengan rate lebih rendah.
  • Banyak kerja di belakang tabir: semak itu, semak ini — sebelum terima satu sen pun.
  • Paling membantu untuk profile Challenging & Warning; profile Red Flag pula dapat bantuan rancang cara baiki profile dulu.
2Tak Semua Konsultan Sama
  • Cara kerja setiap konsultan berbeza.
  • Kalau anda faham profile & kelayakan sendiri, anda boleh banding — bukan sahaja antara agency, tapi juga antara konsultan dalam agency.
3Pasal Caj
  • Loan agency memang ada caj. Itu normal.
  • Caj setiap agency berbeza — tanya berapa caj & banding.
  • Agency yang betul tiada bayaran pendahuluan — caj dibayar selepas loan lulus & duit masuk akaun.
  • Ada pihak minta bayaran dulu? Kebanyakannya scammer.
4Cara Pilih Yang Betul
  • Caj jelas — tiada caj tersembunyi
  • Tiada janji "pasti lulus" sebelum semak dokumen
  • Hanya hantar permohonan bila ada keyakinan — bukan hantar rawak ke banyak bank
  • Ada pejabat, laman web atau media sosial yang sah
  • Tiada bayaran pendahuluan
Hati-Hati Dengan "Magic"
Ada pihak yang tawar ubah dokumen atau "naikkan income" supaya lulus. Loan Kakak tolak cara ni sepenuhnya — ia salah di sisi undang-undang, dan loan tetap kena bayar balik.
Belajar Hargai Konsultan Yang Ikhlas
Ada konsultan yang betul-betul ikhlas bantu — semak dokumen, semak banyak bank, sentiasa follow up — sebelum terima satu sen pun. Banyak kerja mereka tak dibayar kalau tak jadi.
Kalau anda jumpa yang macam ni — tolong loan anda lulus, dengan rate rendah — hargai & berterima kasih. Berbanding apply sendiri, kena reject, atau lulus dengan rate mahal.
"Kerja pakar, serahkan pada pakar."
Loan Kakak pun di bawah khidmat ni — ada pengalaman, cara & ilmu. Nak tanya? Tekan butang WhatsApp hijau di bucu kanan bawah.
Jadi, Patut Guna Loan Agency?
  • Bukan wajib — tapi ia salah satu pilihan yang paling banyak membantu, terutama bila profile anda tak sempurna.
  • Pilih yang telus, tanya & banding caj, dan jangan bayar apa-apa sebelum loan lulus.
*Berdasarkan pengalaman Kakak. Caj & cara kerja setiap agency berbeza.
Ringkas: 5 Cara Cari Personal Loan
Tiada cara yang "salah". Yang penting, pilih ikut profile & keperluan anda.
CaraKebaikanKelemahan
Cari sendiri onlineTiada caj
Senang mula
Maklumat permukaan
Iklan ≠ rate anda
Walk-in bankTiada caj
Selamat
Kos masa
Tahu 1 bank je
Bank call andaSenang
Kadang rate bagus
Pakej bank tu je
Tak banding
Media sosialSenang
Ada orang tolong semak
Ada caj
Kena pandai pilih
Loan agencyFaham polisi banyak bank
Usaha untuk rate rendah
Ada caj
Kena pilih yang telus
Langkah 3: Jangan Apply Semua Bank Sekali Gus
Ini kesilapan yang Kakak paling selalu nampak — nak banding, terus apply banyak bank serentak.
1Apa Jadi Bila Apply Serentak?
  • Setiap permohonan masuk CCRIS (Credit Application).
  • Bank lain nampak permohonan tu → kira sebagai komitmen → DSR penuh → reject.
  • Banyak permohonan dalam masa singkat → bank nampak anda "lapar kredit" → scoring jatuh.
  • Ada bank, lepas reject, kena tunggu beberapa bulan baru boleh apply semula — walaupun bank tu sebenarnya ada pakej terbaik untuk anda.
2Cara Lebih Selamat
  • Faham profile dulu (Langkah 1).
  • Tanya & banding sebelum hantar permohonan.
  • Apply satu-satu, mula dengan bank rate paling rendah yang anda mungkin layak.
Rate Rendah — Kadang Lebih Leceh, Tapi Biasanya Berbaloi
Kebanyakan (bukan semua) bank yang tawar rate rendah minta dokumen lebih, semakan kerja lebih teliti, dan ada yang proses lebih lama. Tapi kalau anda layak — loan RM50,000 boleh beza sampai RM21,000 (9% vs 3%). Usaha lebih sikit tu biasanya berbaloi.
Ringkasan Kakak
1Lulus ≠ rate terendah. Setiap bank ada polisi & criteria sendiri.
2Beza 2% pun besar — RM100,000, 7 tahun = RM14,000.
3Kenal profile dulu — Healthy, Challenging, Warning atau Red Flag.
4Pilih cara yang sesuai — online, walk-in, telesales, media sosial atau loan agency. Semua ada pros & cons.
5Jangan apply semua sekali gus — satu-satu, mula dari rate paling rendah.
6Jangan bayar pendahuluan — dan jangan sekali-kali ubah dokumen.
Ingat Pesan Kakak
Jangan simply terima rate pertama yang ditawarkan. Faham kedudukan sendiri dulu — baru anda boleh buat keputusan yang betul untuk duit anda.
Nak Tahu Kadar Yang Anda Mungkin Layak?
Setiap profile lain-lain. Sebelum terima mana-mana tawaran, biar Kakak bantu semak dulu.
Semakan ini sesuai untuk anda yang:
✓Gaji / Pendapatan RM3,000 ke atas
✓Bekerja di Syarikat Swasta / MNC / PLC
1
Hantar 2 benda ni:
Income DocumentBekerja → 3 bulan payslipBusiness → 6 bulan bank statement
Credit ReportCTOS / Experian / eCCRISReport lama pun boleh untuk semakan awal.
➜⬇
2Kakak bantu semak profile anda
➜⬇
3Dapat jawapan: kadar yang anda mungkin layak
FREESemakan profile adalah percuma — tiada sebarang caj.
Maklumat anda dirahsiakan. Kakak tidak akan minta OTP, password, login details atau bayaran pendahuluan.
Educational Disclaimer
Kandungan ini adalah perkongsian pengalaman untuk tujuan pendidikan sahaja. Semua contoh, nama bank dan angka adalah rekaan / andaian — kadar, caj dan kelulusan sebenar bergantung pada profile anda dan polisi setiap bank. Loan Kakak ialah AI Ambassador kepada pakar personal loan sebenar dan tidak menjamin sebarang kelulusan atau kadar interest.